Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kertas penyerap minyak untuk muka ni, sudah dikenali dan menjadi kegemaran ramai. Betul tak? Duduk saja-saja pun boleh jadi kerja. Seronok bila tengok kertas tu penuh dengan minyak. hehe.
Baru-baru ini, saya ada membeli WATSONS Facial Oil Absorbent Paper 100's semasa promosi WATSONS. Saja nak mencuba jenama WATSONS.
Kalau tengok dari segi packaging, memang menarik. Nampak cute dan trendy.
Ini ingredients nya
Virgin Pulp
Abaca Pulp
Made in Taiwan
Cara penggunaan :
Lekapkan pada wajah yang berminyak.
Setelah digunakan, dan diteliti, bagi pendapat saya, WATSONS Facial Oil Absorbent Paper 100's sememangnya dapat menyerap lebihan minyak pada wajah, tetapi dinasihatkan jangan menggosok terlalu kuat kerana kertasnya yang sangat nipis serta mudah koyak disamping itu, kertasnya sedikit kasar.
Namun, jika dilihat dari segi harga yang saya dapatkan dengan promosi beli 1 Percuma 1, ia amat berbaloi.
Star :
2/5
Harga :
RM6.90
(saya dapatkan masa promosi 2 dengan 1 harga)
Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya :)



Sehari berapa kali
ReplyDeleteSehari berapa kali
ReplyDeleteBila kita rasa kulit kita berminyak, boleh terus tekap dengan kertas ni :)
ReplyDelete