SILKYGIRL Matte Junkie Lip Cream

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya nak review produk dari SILKYGIRL iaitu lip cream. SILKYGIRL banyak mengeluarkan produk kosmetik yang bagus dengan harga yang berpatutan.




Matte Junkie Lip Cream SILKYGIRL didatangkan dengan 9 shades. Semua cantik-cantik.
01 RETRO (yang saya beli)


02 GLAMOUR
03 REBEL
04 VINTAGE
05 VIXEN
4 shades terbaru ialah :
06 DARLING
07 DOLLY
08 ARTSY
09 ROUGE

Keistimewaan Matte Junkie Lip Cream SILKYGIRL ialah
Tekstur ringan, tak melekit dan cepat kering :)
Bebas wangian
Bebas karmin
Bebas paraben; dan yang penting
Tidak diuji pada haiwan <3

Bagi saya, apa yang saya sukai pada SILKYGIRL Matte Junkie Lip Cream adalah teksturnya yang tidak mengeringkan bibir, cepat kering dan kalau kita minum/makan, warna tidak luntur.
Kena gunakan makeup remover untuk membersihkan lip cream ni ya. :)

Star :
4/5

Harga :
RM23.90
(saya beli dengan harga ahli Watsons, so dapat lagi murah)

Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya :)






0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Blog Archive