3W Clinic Intensive UV Sun block SPF50PA+++

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hari ni saya nak review sunblock yang menjadi pilihan saya. Ini adalah satu-satunya sunblock yang saya guna dan terus jatuh hati.

Sebelum saya review sunblock tersebut, saya nak berkongsi apa itu sunblock dan kegunaannya. Sunblock seperti namanya merupakan penghalang dari sinaran matahari yang berbahaya kepada kulit kita. Ia mengelakkan sinaran UV dari menembusi kulit kita.
Mesti ramai yang tertanya penting sangat ke sunblock ni.


Bagi saya , sunblock sangat penting bila kita keluar rumah dan terutamanya semasa panas terik.  
Mengelakkan sunburn dan dapat mengelakkan sinaran UV yang berbahaya.


Bahan :
Water, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Titanium Oxide, 1,3-Butylene Glycol, 4-Methylbezylidene Camphor, Dicaprylyl Carbonate, Bees Wax, Cetearyl Alcohol, Polyglyceryl-3Methylucose Distearate, Stearyl Alcohol, Caprylic/Capric Triglyceride, Glyceryl Stearate, Dimenthicone Methylparaben, Tocopheryl Acerate, Hydrolyzed Collagen, Xanthan Gum, Aloe Barbansis Leaf Extract, Morus Alba Bark Extract, Red Ginseng Extract, Propylparaben, Disodium-EDTA, Hydroxyethylcellulose, Dipotassium Glycyrrhizate, Allantoin, Arbutin, Betaine, Perfume. 

di atas adalah bahan2 yang terdapat dalam sunblock ni. Sebelum beli, kawan2 kena check dulu bahan di atas sama ada alahan atau sensitif dekat mana2 bahan, okay :)

Star :
4/5

Harga :
RM37

Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya :)




Honey & Milk Lip Scrub A'PIEU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Khas untuk yang mengalami masalah bibir hitam.
Antara sebab bibir hitam ni ialah sebab kita selalu pakai lipstick, kena panas matahari, kuat minum kopi dan teh , alergi dan macam-macam lagi .

Antara satu penyelesaian nya adalah, scrub bibir.
Actually, banyak scrub yang kita boleh jumpa untuk bibir kering dan hitam ni, salah satu yang saya tengok antara review positif adalah, Honey & Milk Lip Scrub A'PIEU

Honey & Milk Lip Scrub A'PIEU didatangkan dalam tiub kecil dan comel, yang membolehkan dibawa kemana-mana. Satu lagi kelebihan tiub ini ialah muncungnya sesuai untuk disapu pada bibir, ia memudahkan sapuan ke atas bibir.

Cara penggunaan nya adalah, sapukan pada bibir, gosok secara lembut atau gunakan kain yang lembut secara perlahan. Kita akan nampak kulit kering bibir yang akan terkopek. Jangan risau tak sakit. Asalkan sapu secara lembut ya.


Bahan :
Serbuk Walnut shells (membuang sel kulit mati)
Madu : Untuk bibir yang lebih sihat
Ekstrak Protein Susu : melembapkan 
Vitamin E acetate : Perlindungan kulit bibir 



Saya telah mencuba dan saya sangat berpuas hati walau dengan sekali cuba, sebabnya lepas scrub bibir, bibir lebih smooth dan lembap.

Sangat recommend penggunaan lip scrub ini. 

Star : 
4/5

Harga :
RM26.50

Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya :)



CHRISZEN™ Exfoliating Gel

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Jenama CHRISZEN™ sekarang semakin terkenal di Malaysia. Diformulasikan di Korea, dan diedarkan di Malaysia oleh Miss Rose Sdn Bhd.

Pada hari ini saya akan memperkenalkan antara salah satu produk dari CHRISZEN™ iaitu EXFOLIATING GEL. 

Apa yang menariknya dengan produk ini ialah ia boleh digunakan untuk muka dan badan. Didatangkan dalam tiub yang besar dan dengan harga yang berbaloi. 


Tiub besar ini seberat 250g dan boleh tahan lebih dari sebulan. Kita exfoliate kulit 2-3 kali sahaja seminggu. Jadi, dengan tiub ini, memang tahan lama. 


Ingredients :
Water
Lauroyl PG-Trimonium Chloride
Lactic Acid
Glycerin
Carbomer Magnesium Chloride
Methylisothiazolinone
Chrysanthellum Indicum Ectract
Citrus Lemon Extract
Parfum

Pada penggunaan yang pertama dan seterusnya saya amat berpuas hati, kerana ia bukan sahaja menghilangkan parut, tetapi melembutkan kulit wajah. Baunya sangat menyenangkan. 

Saya pernah jumpa 3 jenis haruman oleh CHRISZEN™ Exfoliating Gel  iaitu, 
Lemon
Strawberry
Papaya

Antara kesan lain pemakaian exfoliating gel ini ialah, 
Melembapkan
Memutihkan  

Star :
4.5/5

Harga :
RM15.90

Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya :)





WATSONS Facial Oil Absorbent Paper 100's

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kertas penyerap minyak untuk muka ni, sudah dikenali dan menjadi kegemaran ramai. Betul tak? Duduk saja-saja pun boleh jadi kerja. Seronok bila tengok kertas tu penuh dengan minyak. hehe.

Baru-baru ini, saya ada membeli WATSONS Facial Oil Absorbent Paper 100's semasa promosi WATSONS. Saja nak mencuba jenama WATSONS. 


Kalau tengok dari segi packaging, memang menarik. Nampak cute dan trendy


Ini ingredients nya
Virgin Pulp
Abaca Pulp

Made in Taiwan

Cara penggunaan : 
Lekapkan pada wajah yang berminyak. 


Setelah digunakan, dan diteliti, bagi pendapat saya, WATSONS Facial Oil Absorbent Paper 100's sememangnya dapat menyerap lebihan minyak pada wajah, tetapi dinasihatkan jangan menggosok terlalu kuat kerana kertasnya yang sangat nipis serta mudah koyak disamping itu, kertasnya sedikit kasar. 
Namun, jika dilihat dari segi harga yang saya dapatkan dengan promosi beli 1 Percuma 1, ia amat berbaloi.

Star :
2/5

Harga :
RM6.90
(saya dapatkan masa promosi 2 dengan 1 harga)

Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya :)



NYX PROFESSIONAL MAKEUP Soft Matte Lip Cream [#Madrid]

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini pula saya nak review lip cream matte kedua yang saya cuba. Boleh dikatakan saya sangat berpuas hati dengan NYX Soft Matte Lip Cream ni tau. Rasa teruja sangat nak share dengan kawan-kawan semua :)

Madrid
NYX PROFESSIONAL MAKEUP Soft Matte Lip Cream ada 34 shades. 

warna merah gelap

Jika kawan-kawan lihat pada koleksi HERMO pada masa sekarang, mereka menyediakan 23 shades. Total shades yang ada adalah 34 shades! Banyak kan? Kalau dah tengok confirm tak tahu nak pilih yang mana tau.

Antara shades yang ada

Abu Dhabi (deep rose beige)
Addis Ababa (bright fuschia)
Amsterdam (pure red)
Antwerp (mid-tone yellow-toned pink)
Athens (matte peach beige)
Berlin (medium warm brown)
Budapest (deep mauve with red undertone)
Buenos Aires (soft coral)
Cairo (matte pure nudes)
Cannes (matte muted mauve)
Copenhagen (matte rich plum)
Dubai (medium cool brown)
Havana (purple with blue undertone)
Ibiza (matte deep rose pink)
Istanbul (clean pink)
London (mid-tone beige)
Madrid (cranberry red)
Manila (coral with pink undertone)
Milan (mid-tone blue-toned pink)
Monte Carlo ( deep cranberry red)
Morocco (matte coral orange)
Moscow (navy blue)
Paris (hot pink)
Prague (matte merlot)
Rome (medium nude with red undertone)
San Juan (bright peachy orange)
Sao Paulo (plummy-pink)
Seoul (violet)
Stockholm (mid-tone beige pink)
Sydney (soft lavender)
Tokyo (bubblegum pink)
Transylvania (matte deep violet)
Vancouver (deep purple)
Zurich (matte muted rose)

Wow! Banyakkan? 

Kelebihan yang ada pada NYX PROFESSIONAL MAKEUP Soft Matte Lip Cream adalah, tekstur yang sangat ringan, warna-warna yang sangat cantik dan tidak akan mengeringkan bibir. Rasa macam tak pakai lip cream sebab cirinya yang lightweight. Rugi sangat kalau tak cuba. Ops terlupa, bau dia menyenangkan :)

Star :
4.5/5

Harga :
RM33
(saya dapat dengan harga murah semasa SALE HERMO RM39 for 3 items)

*HERMO adalah tempat yang sangat sesuai untuk para wanita diluar sana. Selalu ada tawaran istimewa. So jangan lepaskan peluang. Sign in di SINI untuk menikmati tawaran yang sangat berbaloi tau. :)

Sebarang pertanyaan, boleh komen dibawah ya :)






SILKYGIRL Matte Junkie Lip Cream

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya nak review produk dari SILKYGIRL iaitu lip cream. SILKYGIRL banyak mengeluarkan produk kosmetik yang bagus dengan harga yang berpatutan.




Matte Junkie Lip Cream SILKYGIRL didatangkan dengan 9 shades. Semua cantik-cantik.
01 RETRO (yang saya beli)


02 GLAMOUR
03 REBEL
04 VINTAGE
05 VIXEN
4 shades terbaru ialah :
06 DARLING
07 DOLLY
08 ARTSY
09 ROUGE

Keistimewaan Matte Junkie Lip Cream SILKYGIRL ialah
Tekstur ringan, tak melekit dan cepat kering :)
Bebas wangian
Bebas karmin
Bebas paraben; dan yang penting
Tidak diuji pada haiwan <3

Bagi saya, apa yang saya sukai pada SILKYGIRL Matte Junkie Lip Cream adalah teksturnya yang tidak mengeringkan bibir, cepat kering dan kalau kita minum/makan, warna tidak luntur.
Kena gunakan makeup remover untuk membersihkan lip cream ni ya. :)

Star :
4/5

Harga :
RM23.90
(saya beli dengan harga ahli Watsons, so dapat lagi murah)

Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya :)






Anlene HEART-PLUS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ini bukan review produk, saya cuma nak inform semua pembaca mengenai FREE SAMPLE by Anlene.

Sesiapa yang berminat bolehlah ke laman web Anlene dan request sample. Anda akan dapat 3 pek susu Anlene. 
Alhamdulillah, baru-baru ni sample dari Anlene dah tiba pada saya. Saya dah cuba 1 pek hari ni, tak sangka rasanya sangat sedap. 



Anlene HEART-PLUS dengan formula DWI-AKSI iaitu MOVE MAX dan HEART MAX. 
Khas untuk penjagaan jantung dan penjagaan pergerakan (tulang , sendi dan otot) kita. 


Selain itu Anlene HEART-PLUS juga dilengkapi dengan
Sterol Tumbuhan
Omega 3 (DHA + EPA)
Kolagen
Protein
Kalsium

Sesiapa berminat untuk mendapatkan SAMPEL PERCUMA boleh lah ke laman web Anlene sekarang. :)




Powered by Blogger.

Blog Archive